Sunday, August 9, 2009

Bacalah kawan2 ku

MUTIARA KATA...

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan
tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai
benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan
jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa
insan......

Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia
dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya
keimanan.... ......

Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan
Tuhan...nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian... ...

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam....
dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar
dilihat..... ..Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana
disebalik terang itu banyak kegelapannya. ......... ..

Cintaku kepada Tuhan kerana aku ciptaannya.. ...cintaku terhadap
seseorang itu adalah perasaan yang diciptakanNya. .........

Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-
lamanya..... tetapi cahaya keimanan dapat membawa kamu ke jalan
kesenangan.. ........

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang
yang suka memakan bangkai..... bertambah busuk bangkai, bertambah
pula seleranya... ...

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang
hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan
hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-
kata yang melukakan... ..

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan
akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi
pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan
kepada Tuhan......

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur....... .
dan setiap
mata yang terbuka, belum bererti ia melihat..... ..

Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa
kasih sayang adalah satu pengkhianatan

No comments:

Post a Comment